Sahabat Maya Yang dikasihi. Semoga kalian berada dalam lindungan Allah S.W.T selalu.
Lama now-now tak tulis. Rindu sebenarnya nak tulis, tapi masa tak mengizinkan untuk menulis. Setiap hari padat dengan tugas harian...
Rumah >>> kerja>>> urus anak-anak>>> bisnes>>> outsation.
Maaf andai ada yang ternanti-nanti perkongsian dari Wani.. Acehhhh!!! tengok pandai betui menulis kan. Ade ke yang tunggu. Ha!! cek tak boleh nak habaq. Hampa la habaq kat cek.. Hihihi,..
Sebenarnya banyak resepi baru yang Wani nak kongsi. Banyak jugak testimoni baru dari customer comeiii yang nak sangat up kat sini tapi tak berkesempatan lagi. Ade post yang dah lama jadi jeruk pekasam kena peram kat darf tu tapi tak berkesempatan nak buat ending..
Harap maaf la semuanya ya. Tapi petang ni macam mana pun kena jugak buat satu posting sebab rindu sangat nak menulis. Lagi satu hari ni kan HARI CIKGU A.K.A HARI GURU.
Ada ker diantara pembaca blog Kesayangan Beta ni cikgu. Kalau ada Wani nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU buat rakan-rakan Wani yang memang ramai sangat bekerjaya jadi Cikgu nih..
![]() |
| Happy Teachers Day |
Wani doakan kalian berada dalam kesejahteraan selalu. Pejam celik-pejam celik dan 13 tahun Wani tinggalkan zaman persekolahan. Dulu-dulu mase sekolah rase nak jer cepat-cepat besar nak kerja. Tak payah susah-susah nak bangun pagi, buat homework, iron baju, study for exam. Tu thinking masa sekolahlah. Sekarang pulak thinking rasa nak sangat balik zaman sekolah. Tak perlu nak fikir banyak-banyak benda. Bangun pagi pergi sekolah, balik makan buat homework. Korang pernah tak fikir macam tu??. Tapi kita ni bukan makin mengundur kebelakang, kita akan makin kedepan dengan umur makin meningkat. Itu realiti kehidupan. Memang tak ada yang boleh disangkal lagi.
Kalau kenangan waktu sekolah memang seronok sangat. Sebab waktu tu My Late Mummy and My Late Nenek masih ada. Ingat lagi Every single day she will waited for me come back from school. Itu rutin harian kalau Mummy tak kerja. Bila Mummy disahkan mengidap Kanser dia sakit dan dah tak boleh kerja. She stay at home and just waiting for me back from school. Makin lama kesihatan Mummy makin mersot sampailah mase tu Hari Khamis, 15 Mei 2003 jam lebih kurang 6.15 petang die menghembuskan nafas yang terakhir. That time Wani baru jer balik dari sekolah sebab ada Ko-ko.
Almost 13 years ago.. Tapi masih ingat tarikh, masa dan hari Mummy pergi, Dasyatkan penangan orang yang kita sayang. We can remember everything about her/he, right?? One year letter on the same date My Late Nenek pulak ikut anak die. Kita hanya mampu merancang, segalanya Allah yang tentukan. Ajal, Maut, Jodoh semuanya rahsia Allah. Siapalah kita untuk menidakkannya. Missing them so much until now im 30 years old just yesterday 14 Mei 2016.
So, HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! Bulan Mei yang penuh dengan situasi ada yang bahagia, ada yang duka. 30 Tahun dulu mereka bahagia dengan kehadiran Wani, 30 Tahun kemudian.........
Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sekarang Wani ada seorang suami yang begitu penyanyang ditemani dua orang ulat beluncas comel, Umar Firas dan Dian Nour Iman. Pengubat kerinduaan kepada dua orang kesayang hati yang dah pergi makin lama makin jauh.. tetapi tetap dekat dihati.. i will remeber every single things about them. Memori tu tak akan pernah padam sampailah hembusan nafas ini berakhir. Mummy, Tok I Will Always Remember Both Of You. Thank You So Much. Al-Fatihah..
Mereka merupakan guru pertama Wani. Tok jaga Wani dari masa lahir sampailah Wani besar walaupun masa tu Mummy tak selalu dengan Wani. Memang waktu-waktu kecil dulu adalah waktu yang sangat colourfull buat Wani. Sangat enjoy tinggal di kampung. Belajar berdikari. Still remeber bila Mummy and Daddy balik every weekend rasa happy tu tak terucap dengan kata-kata. Tapi bila hari die orang nak balik kerja i always crying. Bila cuti sekolah jer Mummy bawak Wani balik tapi tak sampai hati tinggal kan Tok dengan Tok Wan. I love both of them too much.
Kenangan..
Kadang-kadang indah,
Kadang-kadang pilu,
Tapi kenangan tetap diingati,
Kenangan itu bersemadi indah dalam hati ini,
Menemani hari-hari yang dilalui,
Meniti perjalanan hidup,
Kenangan itu bagai mimpi yang indah,
Datang hanya seketika,
Pergi terasa lama berlalu,
Duhai Kenangan...
Jangan kau pergi meninggalkan hati ini,
Tanpa mu aku hilang gambaran wajah-wajah kesayangnku,
Tanpa mu aku hanya insan kosong tanpa secalit memori,
Biarlah kenangan itu bertahta di hati ini,
Sehingga nafas terakhir,
Aku rela menanggung segala kerinduan yang mendatang,
Biarlah walau apa jua terjadi,
Kenangan bersamaMu akan ku ingati sampai mati.
Ya Allah!!! ampuni segala dosa kedua ibu bapaku. Kedua datuk dan nenekku. Kau tempatkanlah ibu, kedua datuk dan nenekku dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabb,..
Sekian,..


