REVIEW OF NOVEL: PERGILAH AIR MATA BY HANNI RAMSUL - Honey Bee Baby Boutique
SUBTOTAL :

Author

novel pergilah air mata
REVIEW OF NOVEL: PERGILAH AIR MATA BY HANNI RAMSUL

REVIEW OF NOVEL: PERGILAH AIR MATA BY HANNI RAMSUL

novel pergilah air mata
Short Description:
Novel Pergilah Air Mata

Product Description

Assalamualaikum..
Semoga saudara saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T hendaknya..

Agak lama menyepi.....
Lama ke??? teeettttttt!!!!
Lama la jugak lebih kurang 2 minggu disebabkan kesibukkan dunia yang fana nih.. tak berkesempatan bersua dengan dunia maya..cewahhh!!!!!

Okey hari ni Wanie nak review sikit pasal novel Pergilah Air Mata dari penulis yang first time Wanie baca hasil karya beliau, Hanni Ramsul. Jangan tak tau Novel ni dah diadaptasi menjadi drama dalam slot widuri di TV1. Tayangan setiap hari Sabtu dan Ahad. Memang kalau nk ikuti drama bersiri ni memang kena bertabahlah sebab seminggu dua kali jer tayangannya. Drama ni diadaptasikan sebanyak 26 episod. Sekarang tanyangan nya dah episod 17.

Pelakon utamanya ialah Nelydia Sen Rose Sebagai Sabrina dan Kamal Adli sebagai Badrul Dato' Hamidi. So far memang nampak ada chemistry antara kedua orang pelakon ni. Untuk orang tua Badrul pulak Dato' dan Datin biasalah siapa lagi kalau bukan Mustapha Kamal dan Jasmin Hamid. Memang sangat bersahaja dan feeling Dato' Dato' dan Datin Datin lakonan dua orang pelakon handalan nih. Selain itu juga, drama ni membariskan pelakon-pelakon lain seperti Izreen Azminda, Amar Asyraf , Reen Rahim, dan Nadia Musthapa.

Slot Widuri TV1

Kalau korang jenis yang tak menyaba korang boleh pergi tengok kat http://www.kbergetar.com
Boleh download jugak drama-drama lain yang korang terlepas nak menonton tu boleh dapat dekat situ. Sebagai peminat drama adapatasi tegar, Wanie memang appreciate sangat ada web ni sebab senang sangat tak perlu risau terlepas episod mana-mana. So big thank you KEPALA BERGETAR!!!


 REVIEW NOVEL

Novel Pergilah Air mata ini adalah karya terbaru penulis best-seller BIARLAH YM BERBICARA. Diterbitkan oleh Kaki Novel Sdn Bhd. Novel 858 muka surat ini berkisarkan seorang gadis kampung yang naif bernama Sabrina. Sabrina adalah anak yatim piatu dimana dia kehingan kedua orang tuanya dalam kemalangan jalan raya sewaktu dia masih kecil. Perwatakan Sabrina yang terlalu naif dan hanya berfikiran baik pada semua perkara telah menjerat dia bersama seorang anak Dato' iaitu Badrul.

Tragedi pada malam itu, telah merubah 360 darjah hidup Sabrina dan juga Badrul. Kerana trajedi itu juga Badrul dipaksa menikahi Sabrina oleh Abah Badrul, Dato' Hamidi. Kerana trajedi itulah juga, maruah Sabrina tercalar dan air mata adalah peneman Sabrina sedangkan semuanya bukan salahnya. Berkali-kali memohon maaf diatas perkara yang bukan dari kesilapannya.. namun maaf yang diungkapkan Sabrina hanya berlalu pergi begitu sahaja. Termenung, mengelamun dan menagis menjadi teman setia tanpa mengira waktu.

Setelah berkahwin dengan Badrul, dibawanya Sabrina tinggal bersama Mama dan Abahnya dirumah agam yang tersergam indah.  Mungkin indah dimata orang lain yang memandang tapi dimata Sabrina tiada keindahan dirumah itu. "Apa aku nak buat dirumah besar ni. Untuk apa aku disini" Sabrina bermonolog sendiri ketika kali pertama menjejakkan kaki kerumah agam itu. Disitu Sabrina menjadi seperti merpati didalam sangkar emas. Berkurung sahaja, tidak dibernarkan keluar dari rumah agam itu. Nasib ada Kak Milah yang pada mulanya dingin dan marah dengan kehadirannya. Namun lama-kelamaan Kak Milah menjadi kawan bersembang dengan Sabrina. Kak Milahlah tempat Sabrina meluahkan segalanya.

Dayana, kekasih hati Badrul yang gila dengan kerja. Dah berkali-kali lamaran Badrul untuk mengahwininya ditolak kerana komitmen Dayana terhadap kerjayanya. Bagi Dayana, pejabat adalah rumah pertamanya, kerja adalah dunianya, dan Badrul di tempat keberapa entahlah? Walaupun begitu, cinta dan sayang Dayana kepada Badrul adalah tulus dan ikhlas. Tapi,... Dayana tewas kepada kerjanya. Baginyanya kerjaya adalah segala-galanya. Dia akan terus mendaki selagi dia tidak menggapai apa yang diingininya. Apa yang membuatkan Badrul jatuh hati padanya adalah sifat degil Dayana. Badrul sanggup bersabar demi kedegilan Dayana. Akhirnya Dayana bersetuju untuk mengahwini Badrul setelah meroyan kerana Badrul memberitahu hal yang sebernaya terjadi anataranya dan Sabrina.

"Aku nak kahwin dengan Dayana. Kau kisah ke tak?" Soal Badrul pada Sabrina. Wah! Wah! soalan tu bunyinya mudah tapi susah untuk dijawab. Tersentak Sabrina.

"Aku tanya ni. Aku nak kahwin dengan Dayana. Kau kisah tak?" Badrul bertanya lagi. Sabrina hanya berlalu sunyi tanpa mengiya atau pun tidak.

"Sabrina jawablah!" desak Badrul lagi. Antara rela atau tidak Sabrina akhirnya bersetuju dengan cadangan Badrul. Baginya, dialah punca segalanaya. Dia tidak berhak menghalang kebahagian orang lain. Permintaan Badrul untuk menghubungi Dayana, memujuk Dayana mengahwininya. Sabrina akur.. walaupun hatinya berat melakukannya.

Dalam melayari alam rumah tangga bersama Dayana yang degil dan gila kerja, mampukah Badrul menangganinya? Bertahankah masjid yang dibina atas dasar cinta itu? Bagaimana dengan Sabrina?

SINOPSIS NOVEL PERGILAH AIRMATA OLEH HANNI RAMSUL

kulepaskan jua air mata ini pergi...
jauh.. sejauhnya..
sehingga sepasanag mata ini
tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.. 


Nohtah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, Aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau mengayam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya dihati ini? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? Atau... mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin... kerana aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit....

~SABRINA

Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling kubenci ini? mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas setiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah setiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintakusudah kusimpul kukuh dihati dia. Lalu, apa sebenarnya yang berlaku diantara kita? Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus menemani mimpuku? Dimana nokhtahnya mainan perasaan ini......

~BADRUL 


SEDIKIT KERATAN DARI NOVEL

Badrul terdiam. Tidak mahu sepatah lagi kata-kata darinya membuat Sabrina menjerit pula. Pasti kecoh kalau sampai suara dia dan Sabrina sampai ketelinga bapanya. Dia pandang wajah Sabrina yang mencuka. Marah benar nampaknya. Perlahan-lahan dia mengeluh. Sudah lama dia tidak melihat wajah Sabrina sekelat itu.

"Kau tahu aku tak suka apa kau buat nikan?" Dia bersuara lembut.
"Saya pun tak suka bila awak buat saya macam ni. Layan saya macam ni....." Sabrina bersuara perlahan.

Badrul terdian seketika. Dia menatap wajah Sabrina yang masih memuncung.

"Apa maksud kau?" Soal Badrul sedikit hairan
"Tak ada apa-apa...."
"Tell me. Aku betul-betul nak tahu apa maksud kau? Layanan aku yang mana yang kau tak suka? Layanan macam mana yang kau harapkan?"
Sabrina berpaling.

"Tak ada apa-apalah. Lupakan aja" Ujar Sabrina pendek. Sedar dia telah tersasul.
"Kau tahu aku takkan mengalah macam tu aja, kan? Tell me. Apa yang ada dalam kepala kau sekarang ni?"

Sabrina bergerak kebirai katil. Tidak mahu berada hampir dengan Badrul. Marahnya kini sudah berganti risau. Risau jika Badrul terus mendesak.

"Macam mana awak boleh tiba-tiba ada dalam bilik saya ni?" Dia mula mengalihkan topik perbualan. 
"Itu tidak penting. Yang penting, aku dah tahu apa kau buat selama ni. Tak boleh jumpa diluar, jumpa disini ya?" 
Sabrina menjeling
Badrul sedar akan jelingan itu. Namun, ternyata kali ini, melihat jelingan itu, gagal mengalirkan rasa marah di hatinya. Cuma senyum yang terukir di bibir. Jelingan itu lebih memikat hatinya. Dia senyum lagi. Sambil menggeleng perlahan.

Sabrina pelik melihat senyum Badrul. Ingin bertanya, tetapi hatinya yang bengkak lebih suka dia diam.

"Now, tell me apa yang kau tak suka?" Lembut suara Badrul bersama senyum yang panjang.
"Saya dah cakap, tak ada apa-apalah! just forget it!"
"Never!. Aku tak pernah give up. Kau pun tahu kan?
"Lantak awaklah!"
"Okey. Lantak aku. Sekarang aku nak dengar jawapan kau. Pasal lelaki tu, aku letak tepi dulu. Sekarang ni aku nak kau jawab soalan aku. Layanan aku yang mana yang kau tak suka?. Layanan yang macam mana yang kau nak?"

Sabrina mengangkat muka. Sudah tiada riak marah dalam renungan Badrul. Dan itu sudah cukup untuk membuat dia berasa sedikit gundah.

"Saya tak suka awak marah-marah saya macam ni"

Akhirnya, dia bersuara sambil melarikan pandangannya.

"Oh! tak suka. Dah tu, kau suka yang macam mana?"


Selebihnya, korang kena serbu kedai buku dan beli novel ini. Khabarnya MPH pun dah out of stock. memang macam goreng pisang panas pulak. Jangan tunggu lama-lama okey!!! Wassalam.

0 Reviews:

Post Your Review