WHAT IS DIFTERIA? - Honey Bee Baby Boutique
SUBTOTAL :

Author

apa itu difteria difteria penyakit berjangkit
WHAT IS DIFTERIA?

WHAT IS DIFTERIA?

apa itu difteria difteria penyakit berjangkit
Short Description:
Difteria, Ibu Bapa perlu tahu.

Product Description

Assalamualaikum
Salam sejahtera wahai sahabat maya sekalian..
Semoga anda semua berada dalam keredhaan Allah S.W.T

Ceritanya bermula semalam, bilamana Wanie terbaca akhbar Berita Harian tentang penyakit yang semakin menular dinegara kita yang sedang menyerang anak-anak kecil. Sangat mengharukan bila Wanie baca kisah tersebut dimana seorang ibu telah kehilangan dua orang anak dengan hanya selang sebulan sahaja akibat DIFTERIA.

Wanie menulis ni bukan kerana apa-apa pun.. cuma terpanggil untuk berkongsi pengetahuan sedikit sebanyak pasal penyakit ni dengan semua ibu bapa diluar sana. Tidak sama sekali untuk menyalahkan atau mencari kesalahan orang lain dan sebagainya. Itu adalah hak Allah, siapa kita untuk mempertikaikan kesalahan orang lain.

APA ITU DIFTERIA??


Menurut wikipedia Difteria bermaksud "sepasang gulung kepingan kulit" adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, sedikit demam, dan terdapat selaput pada tonsil atau rongga hidung. Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium Difteria (C.difteria).

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekita seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Difteria disebarkan daripada kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria itu sendiri. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi dalam kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk antitoksin difteria yang melemahkan toksin dan antibiotik. Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin. Umumnya difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Difteria merupakan penyakit berjangkit yang tersebar dengan sentuhan fizikal langsung atau menghidu titisan pernafasan pesakit. Penyakit diphtheria biasa dalam sejarah, kini, diphtheria kebanyakannya terhapus dalam negara maju melalui kempen pelalian. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, terdapat 52 kes diphtheria dilaporkan antara 1980 dan 2000; antara 2000 dan 2007 hanya terdapat tiga kes dilaporkan[5] kerana DPT (Diphtheria–Pertussis–Tetanus) dicadangkan bagi kesemua kanak-kanak usia persekolahan. Penguat pelalian dicadangkan bagi orang dewasa kerana kekuatan pelalian merosot menurut usia tanpa pendedahan berterusan; ia terutamanya dicadangkan bagi mereka yang mengembara di kawasan di mana penyakit ini belum dihapuskan.

TANDA DAN SIMPTOM  

Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya secara perlahan-lahan. Simptom termasuk lesu, demam, sakit kerongkong serdahana dan masaalah menelan ("Dysphagia"). Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu/bull neck." Kes ini biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("Tachycardia"). Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.

SEJARAH

Pada 1878, anak Ratu Victoria, Puteri Alice dan keluarganya dijangkiti olehnya menyebabkan dua kematian, Puteri Marie dan Puteri Alice sendiri.

Pada 1920-aN terdapat sekitar 100,000 hingga 200,000 kes sifteria setiap tahun di Amerika Syarikat, menyebabkan 13,000 hingga 15,000 kematian setiap tahun. Kanak-kanak merupakan bilangan pesakit dan kematian terbesar. Satu daripada wabak diphtheria terkenal merupakan di Nome, Alaska; penghantaran serum pelalian 1925 ke Nome bagi penghantaran antitoksin diphtheria kini diraikan sebagai "Perlumbaan Agung Ehsan ("Great Race of Mercy")".

~Sumber: Wikipedia~

Sebenarnya, sejarah dalam penemuan Vaksin Difteria ni banyak lagi, tapi Wanie tak tulis disini. Ini untuk mengelakkan kita-kita yang tak berapa nak arif pasal vaksin-vaksin ni tersalah faham. Tapi korang kalau nak tau jugak boleh lah tanya En. Google. Pasti banyak jer sejarah pasal Difteria ni korang boleh dapat. Wanie menulis ni adalah sebagai panduan kita sahaja dan menambah pengetahuan kita tentang penyakit yang sedang melanda negara kita.

Cuma satu jer pesan Wanie. Please be alert with your surrounding especially our kids. They don't know nothing. Kita sebagai orang tua ni patut sangat-sangat protective. If korang keluar negara, bergaul dengan orang-orang asing please make sure your kids fully vaccinate. Kita sebagai orang tua mereka dah berusaha mencegah dan sebagainya.. yang lain itu adalah rahsia Allah S.W.T. Mohon padaNya anak-anak kita dilindungi dan dipelihara OlehNya sentiasa.

Jika ada tanda-tanda atau simptom yang korang rasa pelik terus saja ke hospital. Hospotal apa tu pilihan koranglah. Kalau rasa mampu pergi Hospital Swasta pergilah, kalau rasa tak mampu pergi jer Gomen Hospital. lagi satu please be kind to other people. Maksudnya disini, janganlah menyalahkan orang lain especially doctors and nurses yang susah payah dieorang kita pun tak tahu. Banyakkan berdoa. Semoga Allah mudahkan segalanya.

Mungkin ada yang membaca ni kata, senang lah Wanie cakap sebab bukan Wanie yang menanggungnya. Tapi percayalah, sebagai seorang ibu yang sangat-sangat Protective terhadap anak-anak, perasan ibu itu adalah sama seperti ibu-ibu yang lain. Naluri keibuan itu bukan boleh dijual beli dengan harga murah atau mahal. Naluri keibuan ibu hanya untuk wanita yang bergelar ibu kepada manusia kecil bernama anak-anak. Bagi ibu, tidak kiralah anaknya kecil atau besar. depan mata kami.. anak itu tetap kecil walaupun badan dah macam panda comel. Jadi 'husnuzon'lah wahai sahabat. Pahala Allah itu ada pada setiap kebaikan yang kita buat.

0 Reviews:

Post Your Review