Assalamualaikum..
Resepi hari ni adalah FAMILY FISH PIE
Kenape Fish Pie??
Ini adalah kegemaran Abam Sado dan Adik Tetencik
Both of them memang penggemar western food
So Mummy kenelah pandai olah supaye Fish Pie yang di hasilkan menjadi healty food..
Oleh kerana kedua-duanya udah gedik gitu
Mummy dah mule bagi dieorang perasa tapi tidak lah kuat hanya sipi-sipi sudu ajer
bukan apa nak biasakan diaorang
maklumlah salah sorang tu memang cerewat makannya..
nak makan makanan yang Mummy masak ajer
makanan lain tak nak sebab
one good reason "Tak Sedap"
Mummy goreng telur ajer pun da sedap..
Macam mana tu???
Mudah ajer cara pembuatannyer..
Ikut ajer step kat bawah one by one
Insya Allah menjadi..
Make it with full of love
Insya Allah anak-anak makan mesti puas hati
![]() |
| Family Fish Pie |
Penyediaan Bahan: 20 Minit
Masak: 45-50 Minit mengikut berapa besar bekas
Hidangan: 4-5 Orang
Bahan-bahan:
8-10 biji ubi kentang
25g butter (saya guna unsalted butter)
7 tbsp susu segar
7 tbsp parutan keju parmesan (saya guna keju yang mane ade dalam peti sejuk ajer)
1 biji telur (pukul perlahan)
Sedikit garam dan lada hitan untuk perisa
Bahan Sos:
30g butter (saya guna unsalted butter)
1 biji bawang besar dipotong dadu
1-2 tbsp tepung gandum
450ml stok ikan (air rebusan ikan salmon/kan dowry)
2 tbsp parutan parmesan (atau gune slice cheese pon boleyy)
sedikit garam dan lada hitam untuk perasa
Ikan salmon/dowry:
isi ikan dibersihkan dan dipotong ketul (jangan beso sangat)
4-5 ekor udang sederhana besar (optinal)
Cara memasak:
1. Panaskan oven 200 darjah celcius
2. Rebuskan ubi kentang sehingga lembut
3. Setelah kentang dah lembut, lenyekkan ubi kentang bersama butter, susu segar, dan keju parmersan
4. Untuk sos, panaskan butter, masukkan bawang besar yang dipotong dadu sehingga layu
5. Masukkan air rebusan ikan, kacau sehingga sebati
6. Masukkan tepung gandum, kacau hingga pekat sedikit kemudian masukkan keju
7. Anggat dan sejukkan seketika, kemudian aturkan isi ikan yang dipotong tadi dalam loyang atau ape2 bekas pembakar curahkan sos tadi atas ikan..
8. Pipekan ubi kentang yang dah dilenyek-lenyek tadi keatas bahan dalam bekas guna Piping Bag kalau tak de Pipping Bag gune jer sudu atau senduk letak jer.,
mane2 care pun tak kisah
9. Masukkan kedalam oven selama 25 min..
dannn..
tadaaaaaaa
.
.
.
.
.
![]() |
| Versi ramekin untuk Abam Sado dan Adik Tetencik |
![]() |
| Versi untuk Mummy, Daddy & 2 little angel |
Versi yang atas tu makan sampai esok pagi pulak..
Nah kau.. nak sangat kan,,
hehehe...
![]() |
| Versi Mummy sorang tak kongsi ngan sape-sape |
Sekian..
Selamat mencuba dan menjamu selera..
kalau da cuba jangan lupe bagi feedback okey...
Hurrmmmm..
Resepi ape pulak nak syer pas nih!!!!




